Sunday 13 May 2012

TIP CANTIK

Setiap kali mandi, jangan lupa bersihkan setiap celah-celah kaki. Ini kerana, bahagian ini merupakan kawasan yang paling lembap. Apabila terkena kotoran atau basah akan menyebabkan ia mengeluarkan bau yang kurang enak. Untuk itu, gosoklah celah-celah jari menggunakan sabun khas atau memadai dengan menggunakan sabun mandi.

Potong Kuku

Rajin-rajinlah potong kuku. Jangan biarkan kotoran melekat pada jari kuku anda. Selain tidak sedap dipandang, kotoran pada kaki menjadi penyebab timbulnya bau.

Rendam dengan Teh

Teh dipercayai boleh membantu dalam menghilangkan bau yang kurang enak. Caranya, mudah sahaja. Rendam kaki di dalam bekas yang siap diisi dengan air suam dan hampas teh selama lebih kurang 10 minit. Bau yang tidak sedap pun akan lenyap.

Serbuk Kopi

Selain teh, serbuk kopi juga dikatakan berkesan dalam menyerap bau yang kurang enak. Bungkus kopi ke dalam kain bersih, kemudian masukkan ke dalam kasut selama sehari semalam. Lihat hasilnya nanti.

Pola Makan

Tanpa disedari pola pemakanan yang tidak seimbang dapat mempengaruhi bau pada kaki. Ini bagi mereka yang menggemari makanan pedas. Ini kerana, makanan sebegini mudah menghasilkan peluh. Pengambilan makanan yang tinggi kalori juga membuat kaki cenderung berpeluh. Justeru, pastikan anda memilih makanan yang sesuai.

Berjumpa Doktor

Jika sudah melakukan pelbagai cara namun bau tersebut masih tidak berkesan, mungkin sudah sampai masanya anda mengunjungi doktor. Mungkin dengan kaedah ini, dapat diketahui masalah sebenar bau kaki tersebut.


PETUA RAWAT SEMBELIT



Anda mengalami masalah sembelit iaitu sukar buang air besar? Cubalah mana-mana petua sembelit di bawah.


1) Makan buah pisang atau betik selalu.

2) Ambil dua biji pisang lemak manis yang cukup masak. Buang kulitnya dan kisar bersama segelas air. Amalkan minum air pisang ini dua kali sehari sehingga sembuh.

3) Dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Rebus hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis dan minum airnya pagi dan petang setiap hari sehingga sembuh.

4) Rebus daun gelenggang dan jadikan ulaman makan bersama nasi setiap hari.

PETUA MERAWAT SENGGUGUT


SENGGUGUT...1 perkataan yang amat digeruni oleh kaum wanita...Tidak semua wanita pernah mengalaminya...Ia adalah satu keadaan yang normal apabila seseorang wanita itu datang bulan..Ramai yang tidak tahu cara untuk merawat senggugut...Mari kita lihat petua merawat senggugut berikut :

Petua 1

Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.


Petua 2

Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat. 


Petua 3

Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih
padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.


Petua 4

Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid. 


Petua 5

Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.

PETUA SAKIT GIGI

Seperti yang kita semua tahu, sakit gigi merupakan sakit yang ketiga lepas sakit kematian dan bersalin..tu pun org yang ckp..huhu..in fact, bila dh sakit gigi ni,semua keje tak jadi...kat sini ada sikit petua yang saya nak kongsikan dengan anda semua..=)

1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.
PETUA HILANGKAN JERAWAT

Wanita dan kecantikan memang tak dapat nak dipisahkan..Wajah yang licin dan mulus sudah tentu menjadi idaman setiap wanita.. Bila timbul je jerawat kat muka, even ada sebijik je, dah rasa mcm nak pitam pun ada..hehe..lepas tu,kita rasa semua org akan pandang kita..haaa..ni ada petua mcm mana nk hilangkan jerawat..bolehlah diamalkan ya..=)

Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .




Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.




Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.




Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.




Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.




Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.




Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.




Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.




Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.
TIPS DIET SEIMBANG TUBUH MENAWAN

Mesti semua orang nakkan tubuh badan yang sihat.. Tapi jarang sekali kita ikut panduan diet yang seimbang..Moh kita baca sedikit tips kat  bwh ni :


1. Tubuh kita memerlukan 40 nutrien bagi menjamin kesihatan secara maksimum. Oleh itu, kita digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan nutrien.

2. Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya bagi mengekalkan sumber tenaga. Usah terikat dengan sesetengah jenis buah atau sayur bahkan jika boleh pelbagaikan.

3. Pengambilan bijirin boleh memberikan impak besar terhadap diet harian. Berat badan pasti terkawal jika anda mengambil roti dan biskut.


4. Jangan sesekali mengelakkan diri daripada mengambil ayam dan daging kerana ia membekalkan protein. Namun, sebelum itu, pastikan kulitnya dibuang terlebih dahulu.

5. Anda boleh makan pelbagai jenis makanan tetapi pastikan cara masakannya betul. Untuk itu, apa kata masak dengan cara memanggang, membakar atau mengukus.

6. Pengambilan makanan berkalori tinggi dengan jumlah sederhana amatlah digalakkan namun pastikan ia diseimbangkan dengan pengambilan nutrien.

7. Jangan sesekali menidakkan pengambilan susu dalam diet harian. Anda disaran meminum sekurang-kurangnya dua cawan susu tanpa lemak. Alternatif lain, anda boleh menggantikannya dengan yogurt atau keju.

8. Hadkan pengambilan lemak dalam makanan yang dimasak. Begitu juga dengan minyak, penggunaannya dibenarkan tapi hanya dalam kuantiti sedikit.

9. Tidak salah jika sesekali mahu menjamah snek tapi pilihlah yang rendah lemak. Antara yang boleh dipilih ialah sandwich, bertih jagung atau pun popia basah.

10. Tiada masalah jika sesekali mahu makan di luar. Apa yang boleh dilakukan ialah meminta hidangan dalam saiz kecil.

Monday 23 April 2012

PENJAGAAN KUCING

Walaupun kucing ni dikategorikan sebagai binatang yang comel..dan manja..tapi masih ada segelintir yang tidak gemar dengan kucing

kenapa?

1. mungkin kucing yang dipelihara buang air besar atau kencing bersepah
2. kucing kerap cakar sofa atau kerusi di rumah….
3.bulu kucing yang sering gugur…dan bersepah dalam rumah…kalau yang ada asma , memang tidak serasi untuk bela kucing..

tau tak punca bulu tu gugur?

antara sebabnya.. kucing tu diberi makan, makanan yang berminyak..contoh ikan goreng…kalau boleh rebus dulu ikan tu…

kucingnya degil?

kucing pun kena berbicara juga…siapa cakap kucing tak dengar kata? aku dah lebih sepuluh tahun pelihara kucing.. kalau kucing aku nak masuk bilik aku,, dan tunjuk tangan no-no-no je…dia tak jadi masuk.. pastu duduk jela depan pintu..kalau aku dah bagi masuk, baru dia masuk.. sebab tu kadang kala kena bercakap dengan kucing..bagi tau dia..

bagaimana caranya…?? aku rasuah kucing la..kalau dia tak masuk..aku bagi ikan sekor..hoho…mana boleh macam tu..rosak kucing tu nanti asyik kena rasuah je……sebenarnya ada cara-cara lain yang boleh kita buat dan praktikkan..

penjagaan kucing ni tak la terlalu berat…yang penting kita kena tau cara dan penjagaan yang betul…bagi mereka yang berminat untuk jadikan kucing sebagai binatang peliharaan, buku panduan di bawah ni memang amat sesuai untuk dijadikan panduan…

Jenis-jenis kucing …
Teknik memilih kucing peliharaan..samada kita nak beli kucing parsi ke…siam ke..yang mana sesuai untuk peliharaan..
Cara-cara memandikan kucing…mandikan kucing pun ada caranya..silap haribulan…bukan kucing yang mandi..tapi tuan yang mandi…jadi dari buku ni..kita boleh belajar, cara paling mudah untuk mandikan kucing..
Vaksin serta ubat-ubat yang diperlukan oleh kucing…kucing pun perlukan vaksin…bila kucing kita sihat…kelakuan kucing akan lebih menghiburkan,,,,
Panduan mengajar kucing menggunakan kotak najis (litter box)…
Masalah-masalah yang mungkin dihadapi oleh kucing dan cara bagaimana mengatasinya
Sikap serta kelakuan pelik kucing yang perlu anda fahami… yang ni penting..terutama bila kucing kita sakit….sebab kucing tak pandai untuk berkata-kata..

    AWAS! TAUGEH DISIRAM DENGAN AIR KENCING!!

    Mungkin kowang semua sudah tahu info ini mengenai taugeh yang disiram dengan air kencing. Ya Allah gelik mual loya tekak aku membacanya, subhanallah ye ke tak ye tak tau laaa. Info tu pun dari tahun 2010, tapi baru ni la dapat tau dan membacanya...eeeeeeeeee

    Tapi kalau masak mee ke popia ke, tak sah kalau tak letak taugeh manyak2 kan...erkkkk lepas ni tak tau le gaya camne kalau makan mee takde taugeh...uweeeeek!!!




    image search dari en.google.

    Kredit info dari SINI.

    Ada orang nasihatkan, apabila anda beli taugeh, simpan dulu selama 3 hari. Selepas 3 hari, cuba bau taugeh tu. Anda mungkin akan dapati, selepas 3 hari bau taugeh tu hancing semacam. Bermakna taugeh tu disiram dgn urine aka air kencing. Air urine tu la jugak menyebabkan taugeh menjadi kaler putih berseri dan ranggup.

    Bagaimana pula kalau nak tahu taugeh yang tidak disiram dengan air kencing? Taugeh tersebut kekuningan dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnya langsung tak guna urine sebagai baja.

    Menurut orang tersebut, ada kawannya yang pernah buat lawatan ke pusat-pusat penanaman taugeh di beberapa negeri tertentu yg diusahakan oleh cha ya nun alip. Kawannya terjumpa satu bilik khas simpan air kencing untuk disiram pada pokok taugeh tu.

    Kenapa hanya taugeh disiram air kencing yang dibisingkan sedangkan banyak lagi sayuran lain mengunakan baja urine?

    Sebabnya taugeh adalah sejenis pokok menyimpan air siraman terus dalam

    batangnya tidak seperti sayuran lain. Sayuran berdaun hijau mengalami fotosintesis semasa proses penyerapan baja atau dengan erti kata lainnya air siraman masuk ke tanah dulu barulah akar menyerap dan proses fotosintesis berjalan utk penyerapan zat dari baja.

    TETAPI taugeh terus menyerap apa yang disiram sebab pertumbuhan

    tumbesaran bukan secara fotosintesis. Itulah menyebabkannya berbau semacam kalau disimpan masa 3 hari.

    Namun, ada pendapat lain pula memberitahu bahawa taugeh tersebut TAK di siram dengan air kencing. Tetapi disiram dengan sejenis bahan kimia yang bau dia seakan-akan air kencing orang panggil dia 'santoso'. Bahan kimia tersebut datang dari Thailand dan China. Kandungannya boleh digunakan untuk merangupkan taugeh. Sebenarnya ia adalah bahan kimia ni tidak baik untuk kesihatan. Kandungan bahan kimia nih boleh menjejaskan kesuburan malah boleh menyebabkan kemandulan.

    Kesimpulannya, samaada taugeh tersebut disiram dengan air kencing ataupun bahan kimia tertentu ternyata taugeh sebegitu adalah tidak baik untuk kesihatan. Mungkin ada baiknya, buat taugeh sendiri je lah.

    P/S: Yang setahu saya, kalau makan taugeh selalu, boleh jadikan badan kita gemuk..itu aje yang saya tau.*jiran India sebelah uma dulu bagitau..huhuhu..

    KAHWIN MUDA? BOLEH, TAPI.....

    Tentu kowang pernah dengar atau berbincang tentang isu ini. Patut ke? Boleh ke? Adakah ia membawa lebih banyak kebaikkan berbanding keburukan? Atau sebaliknya.

    Sebenarnya ada baik-buruknya. Apa yang pasti, kebaikkannya ialah tidak lain dan tidak bukan, ia boleh mengelak daripada berlaku fitnah serta dapat menjaga kehormatan diri anda dan pasangan. Ya lah kan, ketika bercinta di usia muda-muda ni, ‘darah muda’ memang sedang bergelojak membuak-buak. Betul tak?

    Berkahwin muda memang agak banyak sedikit cabarannya berbanding jika berkahwin agak lewat sedikit. Walaubagaimanapun, jika kowang mempunyai hasrat untuk berkahwin awal, teruskan sahaja hasrat murni kowang itu! Tapi adalah lebih baik jika kowang buat persediaan yang rapi sebelum kowang melangkah ke alam perkahwinan di usia muda.

    7 tips yang boleh kowang ikut dan penuhi terlebih dahulu jika kowang ingin kahwin awal di usia muda:

    *setelah diedit dan diringkaskan..

    TIPS 1: Si suami perlulah mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap. Ini merupakan perkara paling utama. Sekurang-kurangnya si suami harus lah mampu menanggung majoriti keseluruhan kos sara hidup anda berdua. Kalau anda berkerja sendiri tidak makan gaji pun, pastikan pendapatan hasil daripada perniagaan anda adalah stabil untuk beberapa bulan.

    TIPS 2: Mempunyai wang simpanan yang cukup sebelum melangsungkan perkahwinan. Mengikut nasihat pakar kewangan, anda haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bulan simpanan wang perbelanjaan harian anda di mana-mana akaun simpanan.

    TIPS 3: Mind-setting yang telah bersedia 100% untuk memikul bebanan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri. Seterusnya sebagai ibubapa kepada anak yang bakal dilahirkan.

    TIPS 4: Berfikiran matang dalam membuat keputusan serta ketika menyelesaikan apa juga masalah yang akan melanda di dalam rumahtangga anda. Sentiasa berfikiran jauh sebelum membuat sesuatu keputusan.

    TIPS 5: Telah mendapat restu ibubapa. Perkara ini tidak kurang pentingnya juga kerana anda haruslah mampu meyakinkan mereka kerana anda ingin berkahwin di usia muda berbanding rakan-rakan seusia anda yang sibuk menumpukan pada kerjaya atau menimba ilmu.

    TIPS 6: Boleh bertolak ansur sesama pasangan anda dan tidak hanya mementingkan diri anda seorang sahaja. Jangan mudah melenting jika berlaku sesuatu konflik dalam rumahtangga anda.

    TIPS 7: Sentiasa bersangka baik terhadap pasangan anda setelah berkahwin nanti. Anda dan pasangan anda masih muda ketika berkahwin. Jadi ada risiko untuk berlaku cemburu buta akibat pasangan anda mungkin diminati oleh orang lain. Iyelah, masing-masing masih cantik dan hensem-hensem kan.

    Jadi terpulanglah pada masing-masing, kena fikir sebelum bertindak, hati ibubapa perlu dijaga dan jangan sesekali membelakangkan mereka, jadi renung2kan dan selamat beramal..

    KELEBIHAN WANITA

    Renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya dan bertuahnya menjadi wanita. Bagi kaum lelaki, hormatilah kaum wanita yang bergelar ibu dan isteri. Berikut adalah himpunan hadis-hadis yang berkenaan.

    Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

    Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

    Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

    Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

    Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

    Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

    Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah“ (Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.); maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah Ta'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.

    Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

    Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

    Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

    Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

    Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

    Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

    Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

    Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

    Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

    Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

    Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

    Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

    Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

    Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

    Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

    Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

    Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

    Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

    Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

    Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

    Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

    Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

    Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

    Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

    Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

    Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

    Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

    Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

    Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

    Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

    Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

    Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

    Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

    Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

    Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

    Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

    Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

    "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

    "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

    "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

    "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

    "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

    Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

    Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

    Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

    Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

    Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

    Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

    Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

    Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

    wallahua'lam...